Kesedaran yang tinggi dikalangan penduduk malaysia dalam memilih kualiti sayuran melaluikesegaran dan keselamatan daripada baja dan sisa kimia begitu baik bagi mereka yang mengamalkan tanaman sayuran berbentuk Organik. "Natural Farming" adalah kaedah pengeluaran secara semulajadi yang banyak menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat, faktor persekitaran dan baja berasakan sisa tumbuhan atau haiwan.
Baja Buatan Sendiri
Pada kali ini, aku lebih berminat untuk berkongsi mengenai satu kaedah atau kemajuan yang lama diamalkan oleh petani jepun dalam menghasilkan baja sendiri. Kaedah ini juga banyak dipraktikan oleh golongan petani veteran terutamnaya petani berbangsa Cina. Baja yang diperbuat daripada sisa ikan dan beberapa campuran mampu menghasilkan pengeluaran sayuran yang berkualiti dan jauh lebih tinggi nilai timbanganya kerana kesuburan tanah kesan daripada pengamalan baja buatan sendiri ini.
FPJ = singkatan bagi Fermented Plant Juices yang banyak menggunakan bahan buangan seperti tumbuhan hijau dalam memproses baja seperti batang pisang, lebihan sayuran dan pegaga. Campuran bahan ini dengan beberapa bahan lain boleh dijadikan sebagai baja organik untuk tumbuhan.
FFJ = singkatan bagi Fermented Fruit Juices pula menggunakan buah-buahan yang masak dan manis seperti rambutan, mangga dan pisang untuk dijadikan baja. Di thailand mereka menggunakan hampas tebu sebagai baja di mana tanaman buah buahan yang dihasilkan jauh lebih manis isinya.
FAA = singkatan bagi Fish Amino Acid. Aku baru mencuba kaedah ini dalam penghasilan baja asas. Bahan utama menghasilkan baja seperti ini ialah isi ikan termasuk tulang dan kepala ikan yang dicampur dengan gula merah.
(p/s: aku masih dalam kaedah cuba jaya untuk menghasikan baja ini...sekiranya berjaya, aku akan maklumkan nanti kuantiti campuran yang berkesan)
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment