syukur kerana semua kerja berjalan dengan lancar seperti perancangan. Batas yang menempatkan sayuran seperti Kangkung, Bayam, Sawi putih, Sawi hongkong dan Salad telah menunjukkan hasil. Anak pokok setinggi 1 inci telah tumbuh di semua batas. cuma aku masih belum berani untuk menambah batas tanaman kerana enjin pam air belum sampai. penat juga menyiram secara manual sekarang. Aku dah order pam air daripada En Amri. Enjin lori yang mempunyai 4 piston memang sesuai untuk menampung pengairan di ladang sayuran seluas 3 hektar ini. proses menanam seterusnya akan dijalankan apabila enjin pam air tiba dimana pada kali ini, benih akan ditanam secara berperingkat agar hasil dapat dipungut setiap hari kerana aku menjangkakan pengeluaran sebanyak 500 kg sehari hasil daripada kombinasi 5 jenis sayuran berdaun. Semua jenis sayuran berdaun yang telah di tanam hanya mengambil tempoh antara 18 hari ke 25 hari untuk dipungut. Jadi bermula 18 Januari 2008 nie, insyaallah ladang sayuran ini mampu mengeluarkan hasil sebanyak 500kg sehari.
Banyak kawan-kawan yang sanggup memberi pendapat dan berkongsi pengalaman mengenai sayuran dengan aku. Nasihat dan cara-cara tanaman yg baik, proses pemilihan benih yang berkualiti sehingga la kepada pemilihan tahi ayam untuk dijadikan baja. Sebanyak 200 beg tahi ayam pon dah sampai. mengikut nasihat orang lama dalam bidang pertanian ini, tahi ayam perlu disimpan selama 3-4 bulan agar menjadi baja organik. cuma baja jenis 16:16:16 saja aku belum temui. Baja 16:16:16 lebih berkualiti dan baik daripada menggunakan baja NPK 15:15:15.
Insyaallah, kalau free dalam minggu hadapan aku nak masuk ke Thailand untuk mencari benih Salad dan kacang Panjang. Benih dari negara Thailand tu lebih berkualiti berbanding benih tempatan dimana hasil sayuran jauh lebih besar dan segar. Aku juga bercadang untuk melawat satu ladang sayuran milik seorang kenalan di sana. mungkin aku akan dapat menimba sedikit ilmu dalam bidang pertanian ini lebih-lebih lagi ilmu campuran penggunaan racun serangga dan racun kulat yang sesuai.
Bank Pertanian
Alhamdulillah, akhirnya bank pertanian menerima proposal aku dan aku telah menghantar borang permohonan pinjaman di bawah skim usahawan tani komersial siswazah(SUTKS). Itu pon kerana aku menghantar permohonan di Bank Pertanian cawangan Kangar, Perlis. Sikap dan layanan pegawai Bank Pertanian di cawangan kangar, Perlis jauh lebih profesional dan mesra berbanding dengan sikap pegawai Bank Pertanian di Alor Setar, Kedah. Menurut pegawai tersebut, Skim SUTKS adalah dana daripada pihak kerajaan dan bukannya dana Bank Pertanian. Bank Pertanian hanya bertanggungjawab menguruskan dana tersebut bagi pihak kerajaan. Kini baru aku faham dan seterusnya mengubah persepsi aku berkaitan fungsi Bank Pertanian ( Pada awalnya aku berpandangan negatif terhadap fungsi Bank Pertanian akibat karenah birokrasi pegawai di cawangan Alor Setar).
Mengapur tanah
proses mengapur tanah telah selesai di kawasan fasa 1 walaupun sesetengah kawasan belum di tanam. aku tidak pasti apakah amalan mengapur tanah ini baik dalam pertanian. tetapi atas nasihat kawan-kawan yang pernah menanam sayur, aku ikut kan saja. namun aku akan mendapatkan nasihat daripada pihak pertanian.
Permit Pekerja
Alhamdulillah, aku dah settle buatkan permit untuk pekerja walaupun harga mencecah RM 2k seorang. Menerusi khidmat seorang agen, insyaallah permit akan siap dalam masa 3 minggu ke 4 minggu.
HAPPY NEW YEAR
Sunday, December 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment