Thursday, June 10, 2010

Harvest

Tanaman timun sudah boleh dituai. hari ini merupakan hari kedua dan jumlah kutipan pada 2 hari ini baru 3++kg. apa pun masih terlalu awal untuk menyasarkan jumlah kutipan maksimum bagi tanaman timun ini. Aku percaya, dalam masa 10 hari pertama selepas tuaian ini nanti, baru dapat dianggarkan.


Tahun ini menunjukkan sedikit perubahan dari segi beberapa jenis sayuran. Harga cili yang mendadak tinggi sehingga RM 8 per kg (harga ladang), harga bendi pada RM 3 per kg, kacang panjang dan Timun. Aku percaya harga timun dipengaruhi oleh faktor cuti sekolah dan akibat permintaan yg tinggi bagi majlis kenduri. Harga bendi yang tinggi bertahan agak lama sejak bulan Disember lalu. Mungkin faktor kemarau yg kuat pada bulan Januari hingga Mac yang lalu. Harga ladang bagi tanaman Timun sekarang ialah RM 1 per kg. Pada peringkat awal pengeluaran ini, Hasil tuaian cuma diagihkan kepada pelanggan sedia ada pada harga RM 1.20 per kg. Namun ada juga , sebagai langkah promosi, aku berikan Harga RM 0.80 per kg kepada pelanggan baru. Tetapi mereka bukan lah golongan pelanggan sasaran utama untuk pengeluaran timun kali ini.


Pada pengeluaran timun kali ini, aku meletakkan sasaran besar dan semestinya pada kali ini aku menggunakan khidmat orang tengah atau pemborong. Mengikut perkiraan aku, khidmat pemborong akan digunakan pada hari ke 10 pengeluaran nanti atau apabila pengeluaran mencecah 500kg sehari.


Pada masa sekarang, sayuran import dari thailand mulai memasuki pasaran. Hasil pertanian ini dari sebelah Hatyai ke Utara Thailand. Tanaman Kobis, Timun, Ubi kayu, Tomato dan Sawi mudah diperolehi. Pengeluaran Kobis dari Cameron juga sudah mula masuk ke pasaran sebelah utara ini dan yang jelasnya, Cili dari thailand belum masuk ke pasaran. Kes seperti ini pernah berlaku pada 3 tahun yang lalu dimana permintaan yang tinggi dari Malaysia pada bulan Jun hingga Julai menyebabkan lambakan cili yang banyak pada penghujung September tahun yang sama. Kebanyakannya adalah cili cili dari Thailand.


Dalam keadaan sekarang, aku masih teragak-agak untuk mula menanam cili. Tambahan faktor cuaca sekarang yang tidak sesuai dengan tanaman cili. keadaan hujan yang hampir setiap petang hingga lewat malam.
Perancangan pengeluaran akan datang ialah tanaman kacang buncis dan kacang panjang iaitu pada bulan oktober nanti dan diikuti dengan pengeluaran tanaman bendi.


Kerja kerja menuai padi di kelantan sudah selesai dan masih menunggu bayaran daripada pihak KADA melalui PPK Nilam Puri. Letih juga aku berulang alik ke kelantan nak menguruskan hal berkaitan pembayaran ini. Namun aku berharap tidak timbul sebarang masalah berkaitan pembayaran ini walaupun banyak nasihat yang aku dapat daripada rakan rakan di sini berkaitan pengalaman mereka berurusan sebelum ini. Walaupun terdapat banyak kes penipuan yang mereka ceritakan, aku berharap masalah itu tidak berlaku kepada aku kerana aku berurusan dengan Pertubuhan Peladang kawasan (PPK).

No comments: