Perkongsian dan Penggabungan perlu bagi beberapa usahawantani untuk mengukuhkan dan mengembangkan aktiviti pertanian kerana kerjasama seperti ini mampu meningkatkan pengeluaran dan kecekapan. Untuk mencapai kemajuan, usahasama ini seharusnya berteraskan kepercayaan, kejujuran dan dalam konteks keuntungan bersama. Ini merupakan salah satu tanggungjawab kita dalam menunaikan fardu kifayah dalam konteks menyayangi perniagaan kita.
Penggabungan yang bagaimana?
Antara beberapa kebaikan dalam konsep penggabungan ini adalah kita dapat mengurangkan kos operasi sedia ada namun penggabungan yang bagaimana hendak dipersetujui?. Penggabungan boleh berlaku melalui perkongsian kemahiran, pemindahan teknologi pertanian dan tambahan modal. Pada masa sekarang, kita perlu berani untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan-rakan lain yang diketahui mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam sektor pertanian. Mungkin dikalangan rakan-rakan usahawantani yang terlibat dalam pertanian moden seperti Fertigasi, hidroponik dan lain lain boleh bekerjasama dengan mereka yang sedia ada menggunakan kaedah konvesional. Bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran, kita juga boleh bekerjasama dengan rakan-rakan lain melalui tambahan modal di mana kita perlu membuka peluang kepada mereka untuk menceburi bidang ini melalui perkongsian dengan kita. Contohnya, pesawah pesawah boleh bekerjasama melalui penggabungan keluasan petak sawah masing-masing dan diuruskan bersama.
Penggabungan perniagaantani ini bertujuan untuk meneroka pasaran komersil dimana kita percaya ia mampu menghasilkan keuntungan bersama pada masa hadapan. Kita juga perlu akui kebaikan dan risiko yang wujud yang perlu dikongsi bersama. Kerjasama ini dibuat untuk menambahkan pengeluaran dan meluaskan pasaran dan pertalian yang erat dikalangan kita usahawantani membolehkan rangkaian dagangan terbentuk dalam jarak yang lebih luas.
Ladang sayur juga kini dalam proses perbincangan dengan beberapa rakan usahawantani lain berkaitan penggabungan ini. Aku meletakkan skop yang lebih luas dan pelbagai cabang perniagaan yang mampu di bina sekiranya penggabungan ini terjalin. Mungkin perbincangan ini masih di peringkat awal untuk menunjukkan sebarang keputusan tetapi aku percaya, persetujuan di atas keputusan yang dibuat nanti adalah yang terbaik untuk masa depan operasi ladang sayur ini.
Bahagian Pekerja Asing
Alhamdulillah, masalah penggunaan permit pekerja asing tanpa kebenaran sudah selesai. Masalah ini berlaku sejak tahun 2008 berlarutan sehingga Jun 2009 di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan kelulusan permit membawa masuk pekerja asing syarikat Mega Samudera Sdn Bhd tanpa pengetahuan kami. Jutaan ucapan terima kasih buat En . Heizrul iaitu Timbalan Pengarah, Bahagian Pekerja Asing di Putrajaya yang banyak membantu menyelesaikan masalah ini.
Operasi Ladang Sayur sekarang.
Secara jujur aku akui, dalam bulan ini aku sendiri tidak berada di dalam ladang dan aku hanya mampu mengawal operasi ladang dari jauh. Makluman daripada pekerja yang diberikan tanggungjawab di sana, ada beberapa kawasan tanaman yang rosak dipijak lembu ternakan ( aku akui kesilapan ini kerana pagar yang rosak ). Keadaan cuaca juga terlalu panas dan cuma 1 kali hujan pada bulan ini. Terdapat juga beberapa pokok yang rosak dan berpenyakit tapi dalam kuantiti yang kecil. Pandangan aku, adalah baik untuk aku meletakkan sedikit kepercayaan kepada pekerja pada masa sekarang dan melihat sejauh mana kemampuan mereka.
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
as,kum. saya baru jumpa blog saudara. saya juga petani muda macam saudara dan baru setahun menceburi bidang ini di utara. saya sekarang kat alor star. boleh kita berkenalan lebih lanjut.?atau camana sya nk contact saudara.... wasalam
azree -0192801200 tuan_azree@yahoo.com
Post a Comment