Friday, October 30, 2009

Belanjawan 2010

“Nampaknya Perdana Menteri terus memberi tumpuan kepada usaha memajukan lagi sector pertanian Negara. Tujuannya untuk memastikan golongan petani, nelayan dan penternak kita mendapat pembelaan sewajarnya. Dalam masa sama is juga dapat merealisasikan hasrat kerajaan melihat sector pertanian menjadi salah satu pemacu ekonomi Negara” – Datuk Noh Omar


Pembentangan Bajet 2010 yang lalu menunjukkan golongan petani bakal menerima subsidi hampir RM 2 billion. Antara bantuan dan insentif yang disediakan termasuklah subsidi harga padi, subsidi baja, insentif peningkatan hasil padi dan subsidi beras, insentif sara hidup nelayan dan paling menarik minat aku ialah skim persaraan petani. Skim ini yang akan diuruskan oleh KWSP bertujuan memberi perlindungan kepada golongan petani dan nelayan. Melalui skim ini nanti, kita boleh mencarum secara sukarela mengikut kadar kemampuan dimana bagi setiap RM 100 kerajaan akan menyumbang sebanyak 5% dan tertakluk kepada RM 60 setahun.



Lambakan Kobis

Petani cameroon highland merungut kerana harga kobis yang terlalu rendah dan meminta Fama untuk membeli hasil ladang mereka. Aku melihat permasalah ini berpunca dari 2 sebab.

1. Sikap tamak segelintir petani yang hanya fokus pengeluaran kobis dalam skala besar bertujuan menjana keuntungan melalui bantuan insentif pengeluaran yang diberikan oleh kerajaan. Dalam penulisan lepas, aku ada membandingkan insentif yang mampu diterima petani berdasarkan jumlah berat timbangan pengeluaran. Kelemahan pelaksanaan agihan bantuan insentif ini dimanipulasi oleh golongan petani namun perbuatan mereka kini memakan diri.

2. Faktor kedua yang menyebabkan permasalahan ini berpunca daripada pihak bertanggungjawab yang gagal mengawal pengeluaran AP untuk mengimport sayuran dari negara luar. Pihak terbabit sendiri tidak mempunyai data lengkap tentang keperluan sebenar jumlah sayuran dalam negara dan jumlah pengeluaran yang mampu dihasilkan di dalam negara. Akibatnya, pengeluaran AP tidak terkawal dan berlaku pengimportan sayuran dari negara luar dalam skala yang melebihi permintaan. Kita kena ingat, sekiranya 500 tan AP dikeluarkan berkemungkinan 1000 tan sayuran yang dibawa masuk dimana mungkin berlaku aktiviti penyeludupan semasa transaksi sebenar dijalankan.



Aktiviti Ladang

Alhamdulillah, sejak 2hb lepas pengeluaran bendi semakin meningkat dan kini dipasarkan pada harga rm 3.2 per kg. Pada masa sekarang 8 pekerja diperlukan pada setiap pagi untuk memungut hasil. Pengeluaran kali ini tinggi kerana setiap batas tanaman ditanam dengan 2 pokok pada jarak 3 kaki. Faktor hujan yang banyak dan tiada serangan ulat dan serangga membantu dlm peningkatan ini. Dalam 10 hari terakhir bulan oktober ini, jumlah hujan semakin berkurang dimana hujan cuma 3 ke 4 hari sekali
dan siraman air dilakukan setiap hari.

penanaman kali ini mempunyai 2 peringkat dimana kawasan tanaman dibahagikan kepada 2 Fasa dimana setiap satu fasa mampu mengeluarkan sehingga 200 kg setiap hari. Proses penanaman untuk fasa ke 3 akan dimulakan pada pertengahan bulan november nanti di atas tapak tanaman cili. Aku yakin bermula bulan november nanti, perubahan cuaca sedang berlaku dan persediaan untuk menghadapi kemarau seperti awal tahun lalu telah dibuat.

Perancangan untuk pengeluaran tahun 2010 juga sedang dibuat. Pada perancangan kali ini, faktor tanah, pusingan tanaman dan pemasaran akan diambil kira bagi meminimumkan lagi kos dan memaksimumkan keuntungan.

No comments: