Galakkan golongan yang diberhentikan kerja melalui VSS untuk menceburi bidang usahawan membuka pelbagai peluang baru melalui dasar dan insentif sedia ada bagi mencapai sasaran. Perusahaan pertanian secara komersial adalah satu bidang yg mampu memberikan keuntungan kepada pelabur. Keresahan yang di alami sesetengah siswazah dan mereka yang diberhentikan kerja dapat dikawal melalui konsep pintar mentor – menti.
Perusahaan pertanian komersial menerapkan konsep pengkhususan dalam sesuatu jenis tanaman. Konsep ini amat bersesuaian sekiranya usahawantani memfokuskan pemasaran melalui pemborong kerana masa yang ada sesuai diperuntukkan sepenuhnya kepada ladang. Namun masih ada segelintir usahawantani seperti saya yang masih berpegang kepada konsep pemasaran sendiri.
Berdasarkan rekod permintaan sayuran pada tahun 2008 di kawasan ini, pada tahun ini 2009, operasi ladang sayuran yang kini berkeluasan 10.5 ekar telah memfokuskan kepada tanaman bendi dan cili. Keluasan tanaman bendi seluas 5.5 ekar dan Cili pada keluasan 3.5 ekar, 1 ekar bagi tanaman terung panjang dan 0.5 ekar lagi bagi tanaman kacang panjang dan timun.
Perubahan ini dilakukan atas beberapa factor seperti pasaran, pekerja dan modal. Alhamdulillah, seperti diketahui, ladang ini sekali lagi menambahkan modal dan meluaskan keluasan ladang dengan membuka 1 lagi ladang baru bagi tanaman cili. Aktiviti mempromosi dan pemasaran juga giat ditingkatkan memandangkan jangkaan pengeluaran bendi , timun dan k.panjang adalah serentak iaitu pada bulan April 2009. bagi tanaman cili pula, jangkaan pengeluaran adalah pada bulan Jun 2009.
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment