Saturday, February 28, 2009

hujan

Sayur-sayuran, Buah-buahan Akan Dilabel Dan Digred

[ KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengguna bakal menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbaloi dengan harga dibayar apabila peraturan melabel dan menggredkan barangan berkenaan mengikut piawaian antarabangsa dikuatkuasakan. ]


Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan musim kemarau, kini perubahan angin dan cuaca telah berlaku. Hujan mulai turun disebelah petang dan lewat pagi. Perubahan cuaca ini memberikan peluang kepada aku untuk membuka ladang baru dan memulakan tanaman secara komersial.

Bagi tanaman sayuran berdaun, pengeluaran sehinggan 28 Februari ini menjadi pengeluaran terakhir memandangkan keputusan untuk memfokuskan kepada tanaman cili dan bendi yang menjadi keutamaan. mungkin sedikit kerugian dari segi kawalan pasaran kerana, bagi tanaman sayuran berdaun, kami telah mempunyai pelanggan tetap dan pasaran sentiasa tidak mencukupi, tetapi memandangkan atas beberapa faktor jangka panjang yang membawa lebih keuntungan keputusan ini adalah terbaik.


Plough / Rotor

Kerja kerja plough dan rotor bagi ladang ini sekarang baru dimulakan dan dijangka mengambil masa selama 3 hari. Kemudian kerja-kerja ini disambungkan di tapak ladang baru. Keseluruhan kawasan ladang seluas 7 Ekar ini akan menggunakan plastik silvershine dimana perancangan untuk memulakan tanaman terung / k.pjg / timun dan k. bendi. Sedikit permasalahan yang berlaku apabila, traktor untuk memasangkan plastik slvershine tidak dapat menjalankan kerja kerana keadaan tanah yang lembik. Keadaan ini akan menjadi pengajaran untuk aku pada masa akan datang dimana, kerja kerja penyediaan tapak seharusnya dimulakan pada bulan kemarau dan apabila tiba musim hujan, tapak ladang tersebuttelah tersedia untuk ditanam.

No comments: