Friday, December 21, 2007

menyemai benih

Alhamdulillah, akhirnya aku dipermudahkan dalam segala urusan membabitkan kewangan untuk menampung semua kos perbelanjaan ladang sayuran aku nie. aku berjaya meminimumkan penggunaan tunai kerana dalam keadaan sekarang jumlah tunai di tangan amat penting buat aku untuk meneruskan dan mengembangkan operasi ladang. perkara yang paling membimbangkan aku pada peringkat awal penyediaan kos ialah kehabisan tunai. ya...pada peringkat pengiraan kos yang lalu, aku tidak akan mempunyai tunai langsung apabila projek ladang sayur ini berjalan. tp hari ini, aku berjaya memindahkan kos tunai kepada kad kredit aku. walaupun perbuatan ini kurang baik diamalkan dalam konsep perniagaan tetapi aku terpaksa memandangkan sekali lagi proposal pinjaman aku di reject mentah2 oleh bank pertanian. hihihi...syok juga sesekali layan perasaan pinjaman kena reject.

permohonan pinjaman di tolak

permohonan aku di tolak kerana aku enggan memohon skim pinjaman 3F sedangkan aku mahu memohon pinjaman melalui skim siswazah tani komersial(SUTKS). pegawai tersebut enggan membaca proposal pinjaman aku dengan alasan semua peminjam (golongan siswazah) melalui SUTKS gagal meneruskan projek pertanian/penternakan mereka sekaligus gagal membayar balik pinjaman. mungkin tidak adil bagi aku menerima hukuman akibat perbuatan orang lain..(harap kawan2 lain menjelaskan pinjaman supaya tidak lagi berlaku kes seperti aku nie)
tapi aku menerima keputusan dan pandangan negatif pihak bank pertaniaan kepada golongan siswazah sebagai cabaran. yup..i'll take it as a challenge...

mengapa permohonan aku pula di tolak?

aku enggan memohon skim 3F kerana syarat dalam skim tersebut memerlukan gadaian. aku tidak kisah kepada gadaian kerana aku sendiri mempunyai tanah seluas 5 Hektar yang aku beli setahun lalu. tanah balak yang telah dinilai pada harga melebihi 7 angka itu mampu saja aku jadikan sebagai gadaian. aku memilih untuk memohon skim SUTKS kerana syarat tidak memerlukan gadaian dan cuma memerlukan seorang penjamin. so...sebagai seorang yang berniaga, aku perlu bijak untuk meminimumkan sesuatu risiko dalam membuat satu pelaburan baru. mengapa aku perlu mengadai nilai 7 angka bagi pinjaman 5 angka semata-mata bagi membuktikan kepada phak bank pertanian yang aku betul2 komited dan boleh diyakini .
Kembali kepada cerita meminimumkan penggunaan tunai, yup..aku telah memindahkan perbelanjaan operasi dan peralatan ladang sayuran daripada tunai kepada kad kredit Maybank aku sebanyak RM 14300. Cara ini jauh lebih menguntungkan aku kerana aku boleh mengelakkan tanggungan interest pinjaman. (rasanya kebanyakan pengguna kad kredit tahu cara ini). so dengan tunai yang ada, aku boleh la buatkan permit kerja untuk 3 orang pekerja indon aku tu...seterusnya menghilangkan perasaan takut..gundah gulana..kebimbangan dan kerisauan dalam hati aku selama nie...yea la..buatnya pihak Imegresen datang cekup pekerja aku kerana takde permit kerja...NAYA TUUU...
proses menyemai benih cili sebanyak 2080 pokok dah dijalankan dan pagar untuk kawasan Fasa 1 pon dah siap. aku menukar sedikit perancangan asal mengenai tanaman di kawasan Fasa 1 ini. Pada peringkat awal, hanya tanaman bayam, sawi putih , kangkung dan salad sahaja yang di tanam tetapi kini aku bermula dengan tanaman bayam, sawi putih, sawi hong kong, kangkung, salad, Bendi, Kacang panjang dan Cili. Daripada 4 jenis tanaman diperingkat awal , kini terdapat 8 jenis tanaman pada peringkat ini. cuma sekarang aku masih mencari pam air yang sesuai dan mampu menampung keluasan kawasan ladang. seperti yang aku cerita sebelum nie, aku tak mahu menunggu bantuan yang dijanjikan pihak Jabatan pertanian sebaliknya aku mahu terus menjalankan sendiri.
SALAM AIDIL ADHA

No comments: