sudah seminggu kerja-kerja awal ladang sayuran dijalankan..kerja-kerja seperti pembersihan hutan, pembinaan rumah pekerja dan penyediaan batas telah hampir sempurna. kawasan ladang seluas 3 hektar atau bersamaan dengan 7 ekar ini memang sesuai untuk projek tanaman sayuran dan aku menjangkakan 3 fasa bagi keseluruhan kawasan. Fasa 1 tanaman jenis sayuran berdaun, fasa 2 sayuran kekacang dan fasa 3 ialah sebanyak 10000 pokok tanaman cili. cuma kesilapan kecil dalam pemilihan jentera untuk kerja-kerja pembersihan tapak ladang telah menyebabkan aku rugi hampir rm2000. sepatutnya aku memilih jentera jenis KATO dah bukannya BEKHO untuk membersihkan hutan. tambahan pula, kerja yang lembap dan banyak berehat membuatkan aku malas untuk meneruskan khidmat mereka.
aku menganggarkan modal yang diperlukan untuk aku membuka ladang ini sekitar rm 80,000.
last week, aku dah bejumpa dengan pegawai pertanian dan alhamdulillah, jabatan pertanian akan bagi bantuan berupa mesin pam air, jentera pembajak, sistem perpaipan untuk pengairan dan baja. perghhh..best betul masuk bidang pertanian nie..tapi itu la..tak ramai yang tahu bahawa memang banyak bantuan yang nak dibagi kepada petani...
Hari ini, penambahan bahagian hadapan rumah pekerja telah siap sepenuhnya kerana seramai 2 orang pekerja baru dari surabaya indonesia akan sampai pada minggu ini seterusnya menjadikan jumlah pekerja sekarang seramai 3 orang dari Indonesia dan 1 orang tempatan. ladang sayur ini belum boleh beroperasi kerana pagar belum dipasang. aku menjangkakan pagar akan siap di pasang di kawasan fasa 1 pada minggu hadapan. proses kerja menjadi perlahan sedikit mungkin kerana aku agak sibuk minggu ni..selain terpaksa berada di selangor selama seminggu kerana menyelesaikan urusan penukaran lembaga pengarah syarikat aku, aku juga menghadiri majlis perkahwinan kawan di Terengganu dan pada hujung minggu ini pula terdapat satu lagi majlis perkahwinan.
Anggaran kos memagar kawasan fasa 1 ini ialah RM 2000.00 dan kos untuk sistem paip air dan sprinkle pula ialah RM 6000.00. aku tidak mahu menunggu bantuan daripada Jabatan Pertanian kerana mengambil masa yang lama. baik bagi aku untuk memulakan Fasa 1 nie dengan keseluruhan modal aku dan bagi Fasa 2 dan 3 nanti baru lah aku menggunakan bantuan daripada Jabatan Pertanian.Aku dah berjumpa dengan Abg Roslin iaitu pegawai pertanian dari PPK Changloon dan beliau berjanji untuk cuba mendapatkan mesin pam air dalam minggu hadapan.
Aku sedikit kecewa apabila berjumpa dengan pihak Bank Pertanian apabila aku mahu membuat pinjaman di bawah skim usahawan tani komersial siswazah (SUTSK). Mereka cuma memberikan pinjaman kepada pemohon yang telah mengikuti kursus dalam bidang pertanian dan yang telah menjalankan aktiviti pertanian itu. Namun aku masih berusaha untuk mendapatkan pinjaman daripada Bank Pertanian.
Sekarang kawasan seluas 1 hektar telah dibajak dan dibuat batas. ini kawasan untuk projek fasa 1 dan aku menjangkakan akan mula ditanam pada 20 Disember ini. Aku juga telah mengenalpasti 2 orang pemborong dari Perlis tetapi aku rasa baik aku memasarkan sendiri hasil kawasan Fasa 1 ini, jadi aku cuma perlu mengenalpasti dan bekerjasama dengan 10 orang peniaga dari Jitra ke Kangar, perlis yang mahu mengambil 50kg sehari hasil sayuran aku nanti seperti sawi, kailan, bayam, kangkung dan kacang bendi.
so, aku perlu mencari lori 1 tan (second-hand)..hihihi..kalau boleh dapat dengan harga RM 5000 ke RM 6000 lagi bagus.
No comments:
Post a Comment